dedicated to-ASPer Aspiration9
19:20
"Dinihari petang ku menanti kesepian"
Assalamualaikum Dun-ya,
Akhirnya, air mata ini gugur di bumi Asasi di hadapan seorang sahabat yang diutus Allah untuk menatang air mata itu.
Perbualan kami selama hampir 2 jam, membuka hati, membuka mata, membuka jiwa, betapa kerdil dan hina diri ini dalam kehidupan dunia menuju akhirat.
"Fadh,
tiada Alasan untuk bersedih,
kerana hanya insan yang terpilih untuk hadapi ujian ni.
Fadh,
jangan membeza-bezakan amal ibadah,
kerana setiap satu itu hanya seremeh-remeh ibadah utk dibawa sebagai bekalan,
tiada yang lebih tiada yang kurang,
teruskan Istiqamah.
Fadh,
jangan marah-marah,
Senyum, dan amarah itu akan hilang perlahan-lahan
Aura mu sentiasa ada, positifkan,
Fadh,
jangan lari dari masalah,
kerana setiap ujian didatangkan oleh Allah untuk mengangkat darjat hambaNya.
Fadh,
jangan merasa diri keseorangan,
kerana setiap antara kita bersaudara." -@Orion,K13,fromAspiration9toFadh
Kata-kata ini Untuk dikongsi bersama.
Kata-kata ini Untuk dikongsi bersama.
Terima kasih sahabat,
Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya
Terima kasih atas perhatian semasa makan bersama
Terima kasih sudi jatuh dan bangun bersama
Terima kasih sudi berkongsi senyuman
Terima kasih bagi tengok lab report yang berharga
Terima kasih atas ukhwah keranaNya
Terima kasih atas segalanya..
Terima kasih sahabat.
Kita jumpa di Melaka. In Shaa Allah.
Andai terpisah itu ketentuan.
Andai terpisah itu ketentuan.
MUSICMODE :Melodi Bersama-Amar


0 comments