Setiap langkah kaki boleh diundur , Setiap hati yang kotor boleh dicuci , Jom U-Turn Diri ! Its New Year of Hijrah!

09:45

Assalamualaik . Salam 1Muharram 1435Hijrah .
Alhamdulillah , alhamdulillah , alhamdulillah . Diberi nafas yang satu yang sentiasa boleh diulang guna . Jom checklist !

:Dah baca doa awal tahun?
:Dah baca doa akhir tahun ?

Terlupa ? Takpe , jom mula mengisi tahun yang baru dengan amalan-amalan yang ikhlas dan berterusan .
Daripada Aisyah R.Ha, Nabi SAW bersabda: “ Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan  kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling sedikit Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al Bukhari dan Muslim)  :)

" Everyone have their own Darkside "

Yes . Fadh pun ada sisi gelap fadh sendiri . History masa lalu yang tak boleh diubah , namun sampai hari ni , fadh masih cuba dan terus cuba untuk mengubah masa depan dan singkirkan dark side tu . Tipu kalau fadh takde kekurangan diri . Tipu kalau fadh assume diri dah baik dengan manusia dan tuhan . Tipu kalau fadh kata fadh dah stop buat Dosa . Sedangkan semakin bertambah usia bertambah juga dosa . Tapi sampai bila nak terus terusan berdosa ?? Sampai kapan ?

Yup . Setiap orang buat dosa . Tak kira besar atau kecil , dosa tetap dosa . Nak tau macam mana perbuatan kita tu satu dosa atau tak ?

"Apabila kamu melakukan sesuatu , kamu merasa bersalah dan berdosa"



Sememangnya kita , punya hati yang fitrah , yang sukakan kebaikan dan membenci kejahatan . Hati tu boleh detect dengan sendiri apa yang dia suka dan apa yang dia suka . Kenapa nak susah-susah menipu diri sendiri sedangkan anggota yang paling dekat yakni hati sentiasa melindungi dari melakukan kemungkaran ? (panjangnya soalan.. hehe)

Jom checklist ! Hati kita dah rosak ke belum ?

sinar aidilfitri 1434H
1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.

2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.

3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.

4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.

5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.

6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.

7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.

8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.

9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.

10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Hmmm.. see.. hati kita tergolong tak dalam mana-mana checklist tu ?
Pernah konsisten bangun tahajud dan taubat setiap malam ? Konsisten baca Quran even 8ayat sehari? Konsisten solat Dhuha ? Fikir Fadh fikir !!

So , dengan kehadiran tahun Hijrah yang baharu ni , jom U-TURN Diri , revert to become a better person . Sebenarnya , dah banyak sangat peluang demi peluang yang Allah bagi dekat kita nak jadi manusia yang baik paling paling kurang pun , siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan sahabat dan tabi'in yang mana di janjikan syurga .
 Kenapa kita sibuk kejar peluang scholarship tapi peluang untuk mendekatkan diri kepada Sang Pemberi Scholarship Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang  tak pernah kita kejar ?

Jom checklist peluang... 

1-Bulan Ramadhan dan Aidilfitri
Kat sini kepada yang merokok boleh belajar untuk stop merokok dan menikmati hidup bebas tanpa asap2 yang menyesakkan dada . Belajar cara nak mengawal segala 10001 nafsu yang bersarang dalam diri . Belajar memahami kesusahan orang . Belajar sentiasa mengingati Ilahi dan bersederhana . Menjelang Aidilfitri , sepatutnya kita dah graduate dari madrasah Ramadhan dan whoosshhh transform for better  .

2-Awal tahun Hijrah .
Yup , now !! Silakan membuat list hijrah kita (fadh cakap Kita) . Sedangkan Allah mengangkat setiap buku amalan yang lama yang penuh dengan dosa dan diganti dengan yang Baru , FREE OF CHARGE . Bukan nak kena bayar even dengan satu nafas .Kita still nak duduk atas tunggul yang sama dan biar diri ditiup seperti lalang dan tak nak berubah?  bayangkan , macam pergi kedai buku then beli buku nota yang baru , mesti kita nak isi dengan benda-benda yang cantik-cantik je kan ? I am a notebook lover !

ce kira berapa banyak dah buku amalan yang kita  tukar ? Banyakkan?


3-Setiap Hari adalah Peluang Baharu!
Pernah terfikir supaya hari ni menjadi lebih baik daripada semalam ? Pernah buat azam baru setiap hari? Sesungguhnya setiap hari ialah peluang for us to become better and better person . Tak semua dapat merasa hari yang baharu . Tak semua dapat menikmati 1 per 3 malam  Allah bangunkan sesetengah hambaNya yang disayangi . Tapi itu tak bermakna yang hidup ini hanya untuk dinikmati segala isi kesenangannya tanpa memikirkan usaha untuk mengumpul amal untuk dibawa ke syurga ,
 in shaa allah  . Kerana , dunia jambatan akhirat , apa yang kamu tuai , itu yang kamu dapat . Tuai benih yang maka pulau yang kita dapat .

"Life is made so simple and wonderful for you !" -IO,LecturerChemistry

pelangi aidiladha 1434H , UPM


Fadh sendiri masih banyak kelemahan diri . Tak pernah berhenti buat dosa . Apa salahnya saling mengingati kan ? Tapi bagi Fadh , yang paling 'crucial' ialah rasa kesedaran yang lahir dari sanubari sendiri untuk berubah , tiada siapa boleh ubah kita melainkan diri kita sendiri . Rasa bersyukur yang amat kepada Ilahi kerana diberi peluang yang entah ke berapa juta kali untuk memperbaiki diri .

Sesungguhnya , pakaian luaran tidak menggambarkan apa-apa sekalipun hati , kerana kecantikan hati itu tidak dapat dilihat melainkan mampu dirasa auranya .  

“Tidaklah engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah kecuali Allah akan mengganti bagimu sesuatu yang lebih baik daripada apa yang engkau tinggalkan.” (HR Abu Qatadah)

Mama selalu pesan , (bila fadh rasa malas nak puasa)
"Puasa la , PERCAYA dengan janji Allah . Kerana Dia tak pernah melupakan janji-janjinya  . "

Permulaannya mungkin sukar , perjalanannya memang mencabar , Pengakhirannya ?
senyumanmu bakal mekar . di Jannah kelak .
CREDIT TO LANGITILAHI

Jom U-TURN!
Semoga tinta ini memberi peringatan kepada penulis dan manfaat kepada pembaca . In shaa Allah. Ameen

You Might Also Like

0 comments