Kehilangan mengajar erti Penghargaan...Memujuk pun ada Seni..?? Atau relakan dia pergi kalau itu sudah takdir Ilahi...? Sedangkan anda tidak Cuba untuk memujuknya .

10:28

Assalamualaikum Dun-ya...
Salam 1 Rejab semuanya~ Alhamdulillah masih bernafas .

Kehilangan Mengajar erti Penghargaan .
 Bila seseorang telah pergi meninggalkan diri baru terkial-kial untuk mencari jalan untuk mendapatkan yang pergi , Baru terasa hanyut dibuai mimpi-mimpi kenangan lalu , Baru terkapai-kapai menghulurkan tangan untuk bersalaman memohon Kemaafan . Adakah itu semua telah terlambat..?

Bagi Fadh...tidak . Segalanya masih belum terlambat...Cuma...

Cuma kamu , harus menerima 'consequences' atau akibat daripada perbuatan tersebut, iaitu segalanya sudah tak Seindah Dulu..

Fadh pernah alami  itu...dan fadh akui agak terkilan . Persahabatan yang terjalin bukan untuk hanya menjadi Sang Penerima...kita juga mesti menjadi Sang Pemberi . Jangan hanya mengharapkan kawan untuk memahami anda...tetapi anda juga perlu memahami dia . Dulu , Nur Fadhilah tak tahu apa itu kawan , menganggap diri ini tak perlu ada kawan dalam hidup boleh buat semua benda sendiri..berdikarila katakan . Tapi sekarang baru celik sikit tentang persahabatan . Lambat sungguh , namun Alhamdulillah .



Ada yang berkata

“Sahabat ibarat KACA, sebelum terhempas peganglah ia ERAT-ERAT. Kerana jika terhempas ianya akan BERKECAI. Dan andai disambung balik, sudah pasti tidak akan seindah SEPERTI ASALNYA.. ”

Ada yang bersuara
 
jawabku....
" kaca retak seribu , tdak lagi bulihhh disatukan...tapi , H A T I yg retak disakiti walaupoonnn beribu kali...masih mampu disatukan dgn KEMAAFAN & MEMAAFKAN "


Tapi.. ia tetap tak seindah dulu....kerana Hati juga akan ada kesan parut yang mengambil tempoh masa yang lama untuk betul-betul Hilang dan sembuh . Namun , berilah Penghargaan kerana kawan anda kerana dia masih berusaha untuk memohon maaf dan memperbaiki hubungan . Berilah Penghargaan walaupun sekadar dengan ucapan 'Terima Kasih ' dan senyuman ikhlas , sudah cukup untuk membuat persahabatan anda kekal . In Shaa Allah .
Jangan cuma kepada sahabat , keluarga pun kena macam tu juga , sentiasa berikan Penghargaan kepada mama , ayah , adik , kakak , abang... dan Nenek . Sebelum segalanya terlambat dan mereka pergi meninggalkan kita buat selamanya .

saya rindu nenek saya


Ingat , walaupun 'action speaks louder than words' namun , hanya kata-kata yang diluah dari hati dan didengari oleh telinga , dapat menunjukkan dengan jelas dan dapat dinilai dengan arif bahawa Penghargaan anda sememangnya tulus . Luahkan ! jangan Simpan !


Artinya:
Abu Ajjub r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak dihalalkan seorang muslim memboikot saudara sesama Muslim lebih dari tiga hari, hingga bertemu masing2 mengabaikan pada yang lain. Dan sebaik-baik keduanya ialah yang dahulu memberi salam.

Pagi tadi buka TV3 , ada Motivasi Pagi bincang tajuk Seni Memujuk...wahh..best!! Terutama bagi diri ini yang memang tak pandai memujuk..tapi sempat tengok sikit ja..dah nak habis rupanya..Tapi still banyak ilmu dapat dimanfaatkan daripada perkongsian yang sedikit tu.. Sini nak kongsi seni Memujuk!

MOTIVASI PAGI : Seni Memujuk (mmg fadh xreti pujuk orang !)
"Mengapa bila bergaduh perlu Dipujuk..???"
Untuk Mengelakkan 1.Kecil Hati 2.Jauh Hati 3.TIADA Hati(paling kritikal)
"Bagaimana nak pujuk ? "
Carilah Qurratun A'yunnya yakni Penyejuk Hatinya . Setiap org ada Penyejuk Hati yang Berbeza-beza .

#salam 1Rejab ^_^ Assalamualaikum!
 Seriously ,  Fadh gerun bila ustaz tu berkata tentang tahap ketiga , TIADA Hati  . Mungkin kawan kita masih boleh bersabar apabila tidak dipujuk sehingga ke tahap Kedua , tapi Apabila dah sampai tahap parah , orang dah tiada hati kat kita , kita nak buat macam mana..? Terpaksa relakan dia pergi kalau itu sudah takdir Ilahi...? Macam tu ? Tidak selagi anda tidak berusaha untuk memujuknya .
 Sebelum anda melepaskan sahabat , fikir kembali bagaimana susah anda memperolehnya dan mengharungi segala susah senang bersamanya....kemudian begitu senang melepaskannya semata-mata ego dalam diri..?? Fikir ! 
mensia-siakan sahabat? would you?
 Artinya:
Abu Musa r.a. berkata : Nabi Saw. bersabda : Seorang mu’min terhadap sesama mu’min bagaikan satu bangunan yang setengahnya menguatkan setengahnya, lalu Nabi Saw. mengeramkan jari-jarinya. (Bukhari, Muslim).
Betapa eratnya persaudaraan dalam Islam , begitu juga Persahabatan .
Hargai Semua Manusia , kerana setiap yang datang ada Hikmah untuk Kita daripada Nya . Semoga suatu perkongsian yang berguna untuk diri Ini juga . In Shaa Allah..Assalamualaikum.

You Might Also Like

0 comments