Sabar..Taqwa dan..

18:56

Melangkah kaki ke alam Tingkatan Empat..
bukan seindah yang disangka..
Semuanya meleset belaka..
Apa tidaknya kalau semua menjadi huru-hara..


Hati ini bukan merungut atau tidak suka..
cuma meluahkan isi hati yang terpendam di jiwa
Cuba menerima keadaan sebenarnya
Tanpa mengeluh kepada yang Maha Esa

Kerja sekolah di sini sana
Bukan tak mahu siapkan semua
Tapi faktor kekangan masa
Kami siapkan mana yang terdaya

Kurikulum kami habiskan jua
Jangan dilupa KO-nya pula
Apa maknanya kalau cemerlang minda sahaja
Jika badan lemah longlai di padang sukaneka

Sebab itu kami dalam dilema
Yang mana satu harus didahulukan jua
Pilihan mana yang sepadan dengan semua
Membuat keputusan mustahil jua

Namun kami
Cuba dan cuba dan mencuba
Mempertaruhkan diri sendiri
Di medan perang zaman globalisasi

Sabar
Taqwa
Istiqamah
I t u l ah K u n c i

You Might Also Like

1 comments